| Legal Aid Unit |
|
|
|
| Written by webmaster2 | ||||||||
| Monday, 30 August 2010 00:30 | ||||||||
|
(LEGAL AID UNIT)
Misi Memberi khidmat kemasyarakatan dan pandangan berkenaan undang-undang secara lisan kepada warga UiTM yang mempunyai taraf warganegara Malaysia tanpa sebarang bayaran. Objektif Objektif Unit ini adalah untuk memberi khidmat rujukan dan nasihat undang-undang. Fungsi
Visi Untuk menjadi sebuah Unit Rujukan Dan Nasihat Undang-Undang Fakulti Undang-Undang UiTM bagi menyumbang kepada sistem perundangan yang sedia ada. Unit ini adalah selaras dengan visi UiTM untuk mempertingkatkan keilmuan, kepakaran dan penglibatan pensyarah-pensyarah Fakulti Undang-Undang dalam khidmat masyarakat.
Peraturan & Cara 1. Unit Rujukan dan Nasihat Undang-Undang boleh dihubungi di talian: 03-55211616 / 03-55444164 atau Hubungi / Tulis Kepada Kami. 2. Unit akan beroperasi di Bangunan Akademik 2, Fakulti Undang-Undang (bersebelahan Moot Court) pada hari-hari dan masa berikut:
3. Khidmat rujukan dan nasihat yang ditawarkan adalah seperti berikut:
4. Khidmat rujukan dan nasihat yang ditawarkan adalah percuma dan secara lisan sahaja. 5. Khidmat rujukan dan nasihat Unit ini hanya ditawarkan kepada staf dan pelajar UiTM yang mempunyai taraf warganegara Malaysia dan tertakluk kepada undang-undang Malaysia sahaja. 6. Komunikasi oleh klien atau penerimaan kes buat kali pertama oleh Unit merupakan peringkat pengambilan maklumat dan dokumen berkaitan dari klien sahaja. Tindakan susulan akan dibuat oleh pegawai yang berkenaan untuk mengatur temujanji dengan klien. 7. Klien sedia maklum bahawa khidmat rujukan dan nasihat yang ditawarkan oleh Unit ini hanyalah nasihat asas dan pandangan pegawai mengenai kes yang dirujuk. Pihak pegawai, Unit atau UiTM tidak boleh dipertanggungjawabkan di atas apa-apa juga kesalahan, kelemahan atau kekurangan dalam khidmat nasihat yang diberi. 8. Pihak pegawai tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk terlibat secara langsung atau tidak langsung, secara peribadi atau rasmi dalam kes yang dirujuk. Pegawai juga tidak boleh mewakili klien di dalam mana-mana mahkamah, prosiding, mesyuarat atau perjumpaan berkaitan dengan kes yang dirujuk. 9. Pihak Unit berhak menolak mana-mana kes untuk rujukan dan nasihat tanpa perlu memberi apa-apa alasan kepada klien. 10. Segala maklumat dan dokumen yang diberi oleh klien untuk khidmat rujukan dan nasihat adalah disahkan benar oleh klien. 11. Segala maklumat dan dokumen yang diberi oleh klien untuk khidmat rujukan dan nasihat adalah dianggap sulit. |
||||||||
| Last Updated on Thursday, 26 July 2012 01:21 |