IKLAN TAWARAN KHIDMAT PEMBANTU PENGAWAS PEPERIKSAAN IJAZAH SARJANA MUDA/SARJANA JUN 2018


1. Calon yang berkelayakan adalah diperlukan untuk mengisi jawatan di atas mengikut syarat-syarat perlantikan seperti berikut :
(a) Warganegara Malaysia (Bumiputera).
(b) Pemohon mestilah berumur 17 tahun ke atas tetapi tidak melebihi 30 tahun pada tarikh permohonan dibuat. Pemohon yang belum mencapai umur 18 tahun hendaklah mendapat kebenaran ibu/bapa/penjaga.
(c) Sihat tubuh badan.
(d) Keutamaan akan diberi kepada anak-anak staf UiTM. Ahli keluarga yang lain atau kenalan juga boleh dipertimbangkan. Staf UiTM yang terbabit akan dianggap sebagai rujukan perwatakan pemohon.
(e) Kelayakan minimum sekurang-kurangnya tamat Tingkatan 5 atau mempunyai SPM atau setaraf dengannya.
(f) Pelajar UiTM / Bekas Pelajar UiTM / Staf Akademik UiTM tidak dibenarkan memohon.
(g) Calon-calon hendaklah komited dengan bidang tugas.
(h) Pihak UiTM boleh menamatkan tempoh perkhidmatan Pembantu Pengawas pada bila-bila masa, jika didapati melanggar etika dan peraturan yang ditetapkan.

2. Taraf Jawatan - Sambilan (mengikut tempoh peperiksaan iaitu bermula dari (22/6/2018 hingga 15/7/2018).

3. Kadar Bayaran - RM 4.00 sejam.

4. Calon yang berminat sila dapatkan Borang Permohonan di Pejabat Pentadbiran (Akademik), Bangunan Cempaka, Fakulti Undang-Undang mulai 12/4/2018.

5. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dikembalikan sebelum atau pada 27/4/2018 kepada:

Penolong Pendaftar Kanan (Akademik)
Fakulti Undang-Undang
Pejabat Pentadbiran (Akademik)
Bangunan Cempaka
Universiti Teknologi MARA
40450 SHAH ALAM

Rujukan Fail : 500-FUU (PT. 19/5/6)

Tarikh : 11 April 2018

Iklan: http://law.uitm.edu.my/v4/images/pdf/IklanPembantuPengawasPepJun2018FUU.pdf
Borang Permohonan: http://law.uitm.edu.my/v4/images/pdf/BorangPermohonanPembantuPengawasPepFUU.pdf

Subcategories

Page 1 of 2

News & Events.

Fakulti Undang-undang, Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: +603-55444122 Fax: +603-5543 5950
Copyright © 2017 Fakulti Undang-Undang UiTM. All Rights Reserved.

Disclaimer & Copyright | Privacy Statement