CCLE ditubuhkan pada bulan Mac 2016 dengan tujuan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti seperti program kursus jangka pendek, latihan, bengkel, seminar dan sebagainya.

Selain itu CCLE juga mahu mengetengahkan kepakaran pensyarah-pensyarah Fakulti Undang-Undang UiTM yang mempunyai pengalaman dan kemahiran ilmu berkaitan.

CCLE akan mula mengadakan program sijil di mana ada 4 program yang mempunyai beberapa siri bagi setiap satu program iaitu:

a) -Modul Urus niaga tanah (Conveyancing)
b) -Modul Korporat
c) -Modul Sivil
d) -Modul Probet

Kelebihan program ini?

· Tenaga pengajar yang berpengalaman
· Pendedahan kepada teori dan praktikal semasa kursus
· Kelas yang selesa dan kondusif
· Kepelbagaian modul untuk dipilih mengikut minat dan kesesuaian peserta.
· Yuran yang sangat berpatutan.

Siapakah yang digalakkan menyertai kursus ini?

· Pegawai di firma guaman/Syarikat/Pejabat Tanah/Jabatan Kerajaan/
· Pelajar undang-undang
· Pelatih dalam kamar
· Orang awam

Para peserta akan diberikan sijil penyertaan di penghujung kursus.

Disertakan bersama-sama hebahan ini borang permohonan untuk rujukan.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada:

· Prof Madya Dr Norha Abu Hanifah 019-9369133

· En Muhammad Umar bin Abdul Razak 012-6541047 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

No Telefon: 03-5544 4122

Fax: 03-55435950

E-mail: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com